gering hati dia bagai tersagat 14 penjuru
dia hanya diam
dalam bingit pelusuk kepala dia hanya terdiam.Senyap
terburai segala isi zaman kanak-kanak
tak tahu binatang apa disebut cinta
oh geleng kepala bila dipanggil sayang
hey, lalu apa yang aku mahu?
masihkah sebatang lolipop sogokan si bongok Daniel?
ataukah seekor beruang teddi putih berwajah sendu bagai?
maka menangis berdekah-dekah aku bagai setan yang tertawanbetapa putarbelit duniaraya rakus menggigit pangkal dada
namun aku sekadar sejengkal hebat daripada kura-kura
remuk rusuk langkah tersadung bangkai manusia
lancang bukan main berdegar-degar
kepala dalam kain tersorok ketat si bacul tegar